Program Khas DILEA – Webinar Berkala Sejarah
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025, telah berlangsung webinar berkala untuk subjek Sejarah bagi pelajar Tingkatan 4 & 5. Webinar ini merupakan sebuah program bimbingan akademik di bawah NADI-NURTURE DiLea. Sesi ini mendapat bimbingan isitimewa dari Cikgu Faris yang merupakan Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor. Program ini telah dirangka khas untuk membantu para peserta mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan prestasi melalui siri bimbingan yang tersusun serta terancang. Selain itu, para peserta dapat mengembangkan lagi potensi diri demi mencapai kejayaan cemerlang dalam lapangan akademik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: